Tuesday, December 28, 2010
Arsenal 3 - 1 Chelsea
setelah sekian lama, arsenal akhirnya memenangi perlawanan EPL dengan London rival, Chelsea. berdasarkan perlawanan semalam, Arsenal nampak begitu yakin dan mempunyai semangat juang yang tinggi dan Chelsea pula dilihat diluar prestasi kebiasaannya dengan Drogba tifak begitu menyengat dan pertahananya agak teruk sedikit. keyakinan arsenal bermain denga corak permainan tersendiri dan beberapa teknik hantaran dekat yg begitu meyakinkan, membuatkan pemain Chelsea tergaman. Dibahagian tengah Chelsea agak teggelam dengan Frank Lampard tidak begitu menyinar dan ditambah dengan kekentalan difensive midfielder Arsenal iaitu Jack Wilshere dan Alex Song. kedua2 pemain tersebut menunjukkan permainan yg amat baik semalam. Kepantasan Theo Walcott membuatkan pertahanan Chelsea kucar kacir dan Ashley Cole tidak dapat membantu chelsea membuat serangan dari belah kiri seperti yang biasa dilakukan olehnya dek kerana kejayaan walcott membuat larian yang amat pantas.Bagi Chelsea, semenjak mereka membuang pembantu jurulatihnya, wilkins, mereka hanya berjaya mengumpul 6 mata sahaja, adakan pembuangan wilkins menyebabkan pasukan chelsea tidak dapat menerima baik arahan dari pengurusnya? apa pun chelsea hendaklah melakukan sesuatu supaya mereka dapat mempertahankan kejuaraanya. bagi arsenal, kemenangan ini akan menambahkan lagi keyakinan mereka selepas kalah kepada Man U dua minggu lepas. jikalau mereka terus percaya, tidak mustahil mereka dapat menamatkan kemarau piala di Emirates. Tahniah Arsenal. The Gunners,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment