Wednesday, December 29, 2010

Makan Gaji atau Berniaga ?

Assalamualaikum..
Makan gaji atau Berniaga? mana satu lebih ok? ada yang kata makan gaji lagi bagus, tp ada yang kata berniaga lagi bagus. erm..bagi aku kedua2nya ada kebaikan dan kelebihannya..dulu masa aku belajar kat selatan tanah air, selalu aku fikir, mana yang akan aku terjun nanti....
Makan Gaji, bermakna kita akan terikat dengan peraturan atau masa bekerja iaitu dari pukul 8.00/9.00am hingga 5.00/6.00 pm..itulah hakikatnya makan gaji. Kita tidak mempunyai kebebasan dalam menentukan masa bekerja dan segalanya ditentukan oleh majikan kita. Tetapi, kalau kita tidak datang kerja dengan sebab yang munasabah dan mendapat kebenaran majikan, kita tetap dibayar gaji dengan kata kalau kita seorang yang suka sekuriti, kita akan gembira untuk terus makan gaji. Jika kita makan gaji dengan majikan yang pemurah, kita akan mendapat rawatan di klinik/hospital dengan percuma dan ditanggung oleh majikan, tetapi tidak semua majikan mampu untuk menampung kos perubatan pekerjanya, hanya majikan yang bertaraf international ataupun badan berkanun sahaja yang biasanya menawarkan faedah ini kepada pekerjanya.
kalau kita bekerja didalam persekitaran yang semangatnya sentiasa membara, bosnya sangat berkaliber dan selalu memberi motivasi kepada orang dibawahnya, kita boleh dikatakan amat bertuah kerana kita tidak berasa bosan dengan suasana kerja serta ada sahaja perkara baru yang hendak dilakukan dan sentiasa dengan cetusan idea yang bernas. tetapi, kalau persekitaran tempat kerja membosankan, ia akan membuat anda kurang bersemangat untuk bekerja dan datang setakat utk masuk pagi keluar petang. Apabila makan gaji, segalah masalah yang kita kena selesaikan di tempat kerja adalah untuk memastikan majikan kita terus maju kehadapan dan kita memang dibayar untuk menyelesaikan masalah dan memajukan syarikat ke arah lebih berjaya, kalau majikan makin berjaya, kita juga akan dibayar bonus pada akhir tahun :). kalau kita bernasib baik, kita akan dinaikan pangkat menjadi pengurus, pengurus kanan, pengurus besar atau pun ketua syarikat,, tetapi kita harus ingat tempat2 ini hanya ada satu sahaja dan kita hendaklah bersaing dan menunjukkan prestasi yang baik.

Berniaga Pula?
Dalam agama Islam menyatakan berniaga itu merupakan 9 daripada sepuluh pintu rezeki. ini menunjukkan yang berniaga itu mempunyai rezeki yang amat banyak dan tidak dinafikan bahawa didunia ini ekonomi dipegang oleh golongan peniaga bukannya pekerja. kita tidak mempunyai ikatan masa apabila berniaga cuma kita perlu pandai mendisiplinkan diri untuk menetapkan waktu berniaga kita. jika kita ingin mencapai impian pada masa muda atau sebelum umur 40an, berniaga adalah jawapannya kerana berniaga bergantung kepada usaha dan rezeki kita, lagi banyak kita berusaha dan berfikiran kreatif dalam perniagaan, insya Allah semakin banyak rezeki kita. yang pastinya, apabila kita berniaga, kita juga akan membuka rezeki kepada orang lain iaitu mengambil staf untuk perniagaan kita, setidak-tidaknya serorang kerani. Dengan kata lain dengan berniaga, kita telah membuka peluang kepada orang lain untuk berkerja dan membantu mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. sesetengah orang kata, berniaga ini merupakan satu jihad juga iaitu jihad ekonomi dan dapat membantu orang-orang sesama agama dengan zakat yang dikeluarkan serta kita juga boleh membuat sedekah dan wakaf, tetapi dengan makan gaji pun kita boleh membuat perkara ini juga.
perniagaan kita boleh mewariskan kepada keluarga atau anak2 kita setelah kita meninggal dunia, at least kita meninggalkan sesuatu kepada keluarga kita, tetap makan gaji, anak kita tidak boleh ganti tempat kerja kita bila kita meninggal dunia, hanya KWSP dan insurans kalau ada.

sekarang ni aku masih lagi makan gaji, aku mendapat banyak pengalaman dengan makan gaji ini, aku tahu macam mana pentadbiran syarikat, proses pembayaran, perkara yang harus ada dalam satu syarikat, sekurang2nya, aku sudah tahu apa yang patut aku buat apabila aku terjun kedalam dunia perniagaan ataupun membuka satu syarikat nanti. sebelum aku makan gaji, aku pernah menjalankan perniagaan selepas aku grad bersama kawan2 aku...

bertemu lagi selepas ni..

Tuesday, December 28, 2010

Arsenal 3 - 1 Chelsea

setelah sekian lama, arsenal akhirnya memenangi perlawanan EPL dengan London rival, Chelsea. berdasarkan perlawanan semalam, Arsenal nampak begitu yakin dan mempunyai semangat juang yang tinggi dan Chelsea pula dilihat diluar prestasi kebiasaannya dengan Drogba tifak begitu menyengat dan pertahananya agak teruk sedikit. keyakinan arsenal bermain denga corak permainan tersendiri dan beberapa teknik hantaran dekat yg begitu meyakinkan, membuatkan pemain Chelsea tergaman. Dibahagian tengah Chelsea agak teggelam dengan Frank Lampard tidak begitu menyinar dan ditambah dengan kekentalan difensive midfielder Arsenal iaitu Jack Wilshere dan Alex Song. kedua2 pemain tersebut menunjukkan permainan yg amat baik semalam. Kepantasan Theo Walcott membuatkan pertahanan Chelsea kucar kacir dan Ashley Cole tidak dapat membantu chelsea membuat serangan dari belah kiri seperti yang biasa dilakukan olehnya dek kerana kejayaan walcott membuat larian yang amat pantas.Bagi Chelsea, semenjak mereka membuang pembantu jurulatihnya, wilkins, mereka hanya berjaya mengumpul 6 mata sahaja, adakan pembuangan wilkins menyebabkan pasukan chelsea tidak dapat menerima baik arahan dari pengurusnya? apa pun chelsea hendaklah melakukan sesuatu supaya mereka dapat mempertahankan kejuaraanya. bagi arsenal, kemenangan ini akan menambahkan lagi keyakinan mereka selepas kalah kepada Man U dua minggu lepas. jikalau mereka terus percaya, tidak mustahil mereka dapat menamatkan kemarau piala di Emirates. Tahniah Arsenal. The Gunners,

Monday, December 27, 2010

hi

just create my blog.. :)..
still thinking what should i share and write here...
try to show my view and my opinion and personal view in business, economic, people behavior and sports.