Tuesday, January 11, 2011

Bone Marrow

setelah dua tahun aku menjalani procedure bone marrow, aku dikehendaki oleh dr untuk bt kali kedua. Mula-mula aku tak setuju, tetapi setelah bertanya banyak pendapat, mereka kata bone marrow procedure yang biasa sahaja. semalam aku pergi ke Hospital APSH untuk buat bone marrow. sampai je, aku terus masuk ward, dan doktor check aku punya tekanan darah,mak aii, tingginya, 170/120..aku pun terkejut, aku tak rasa sakit kepala pun. sampai petang tekanan darah aku masih lagi tinggi. Jadi, aku terpaksa stay kat hospital malam tadi..uhuk..ingatkan xperlu stay lama2..huhuh. Pagi ni doktor datang check tekanan darah aku, pagi ni 150/100 so dr kata boleh buat procedure. Aku dah mula berdebar2..tapi dulu masa bt procedure ni, aku terus diberi ubat tidur dan memang xsedar langsung..sedar dah ada dalam bilik aku. tp pagi tadi, dr inject ubat tidur, tp aku still separa sedar..aduh..sakit juga bila doktor tu cucuk sampai sumsung tulang aku..boleh tahan sakitnya..aku heran, kenapa aku tak tdo macam dulu, still sedar..hehe..siap aku sedar lagi naik katil dan dia orang hantar ke bilik aku..bila sampai bilik aku, aku mamai..aku betul2 sedar dalam pukul 11.30pg, mase bt procedure tu dalam pukul 9 lebih. Yang aku perasan sepanjang aku mamai tu, nurse datang kerap kali gaklah tengok aku punya blood pressure. Bila aku dah betul2 sedar, aku tgk ada kesan ambil darah kat sebelah tangan kanan aku, aku tanya nurse, bila lak dia orang ambil darah aku ni, dia orang cakap lps buat procedure tadi..hehe..dia orang senyum...maknanya aku xberapa perasan..hahaha. Aku tanya gak, kenapa aku masih sedar lepas dia inject ubat tido, nurse cakap, dia tak bagi aku xsedar langsung sebab blood pressure aku tinggi, takut berlaku perkara diluar dugaan. ooo..gitu rupanya. Bila aku berjalan je rase jugak sakit kat pinggang aku ni..baru lagi..tapi alhamdulillah xada bleeding. :) 

No comments:

Post a Comment